Friday, April 3, 2009

Pengurusan Sumber




Kepentingan Pengurusan Sumber
1. Hutan merupakan habitat pelbagai jenis spesies tumbuhan dan hidupan liar.
2. Pemeliharaan hutan juga akan membantu mengurangkan berlakunya hakisan tanah.
3. Sumber air juga perlu dipelihara kerana air adalah sumber asas dalam kehidupan harian manusia.
Air juga penting untuk kegiatan pertanian dan penternakan.
4. Pemeliharaan sumber air juga penting untuk membekalkan sumber protein yang berterusan dan
tidak tercemar. Kesuburan sumber tanih akan menjamin bekalan makanan dan pertumbuhan
pelbagai jenis tanaman.
5. Tanih juga perlu dipelihara untuk mengurangkan berlakunya kejadian hakisan.
6. Sumber galian juga perlu dipelihara bagi memastikan sumbernya tiadak kehabisan.
7. Sumber juga penting kepada ekosistem yang terdiri daripada komponen biotik yang terdiri
daripada matahari, udara, air, tanih dan mineral.

Kaedah Pengurusan Sumber
1. Pemeliharaan sumber bermakna memastikan sumber tidak pupus sebaliknya terus wujud untuk
kegunaan pada masa akan datang.
2. Strategi pemeliharaan sumber adalah seperti :
(a) Melindungi sumber daripada kehabisan.
(b) Memanfaatkan sumber secara ekonomik dan terancang.
(c) Memaksimumkan penggunaan sumber yang ada.
(d) Membaiki kerosakan sumber.
(e) Kitar semula sumber yang digunakan.
(f) Penggantian sumber dengan sumber alternatif.

Langkah-langkah Pengurusan Sumber
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan
1. Antara langkah yang dijalankan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di kawasan hutan
yang telah diterokai hasil hutannya ialah :
(a) Penghutanan Semula - Menanam semula di kawasan tebang
(b) Penebangan Terpilih - Menebang pokok yang matang sahaja
(c) Hutan Simpan - Kawasan hutan simpan untuk habitat flora dan fauna
(d) Perladangan Hutan - Penanaman hutan di kawasan baru
(e) Rawatan Silvikultur - memberi perlindungan kepada pokok yang berkualiti


2. Pembalak dikehendaki menanam semula baka-baka pokok di kawasan asal setelah penebangan
pokok balak. Beberapa jenis baka pokok telah dikenal pasti untuk ditanam semula. Antaranya
ialah Jelutong, meranti, kayu jati dan mahagoni.
3. Undang-undang perlu digubal untuk pemeliharaan taman negara sebagai kawasan rekreasi dan
pusat pelancongan.
4. Mengawal pembalakan haram bagi mengelakkan pokok tidak cukup matang ditebang oleh
golongan orang yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu menanam semula pokok yang bermutu
dan baka yang baik.
5. Mengadakan kempen oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan terhadap kepentingan
memelihara hutan kita.
6. Hutan simpan Endau-Rompin adalah taman perlindungan bagi badak sumbu. Hutan Simpan Kabili
Sepilok ialah taman perlindungan bagi orang utan.
7. Taman negara di sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk habitat hidupan liar seperti
gajah, harimau, serangga dan lain-lain.
8. Akta perhutanan Negara ada menetapkan beberapa larangan yang berkenaan dengan kawasan
hutan simpan kekal seperti berikut :
(a) Memasuki hutan simpan kekal.
(b) Menebang dan memotong pokok.
(c) Mencari dan mengambil sebarang hasil hutan.
(d) Membersihkan mana-mana tanah untuk pertanian dan lain-lain.
(e) Menceroboh dengan apa-apa cara.
9. Pengawalan pembalakan haram dapat dilaksanakan dengan perlaksanaan Akta Perhutanan
Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan kayu 1985.
10. Penyelidikan dijalankan oleh agensi yang bertanggungjawab seperti Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. FRIM menjalankan penyelidikan untuk mencari kaedah
pengurusan dan pemeliharaan hutan yang baik. FRIM juga menyelidik tentang kaedah bagi
melindungi hutan hujan tropika dan spesies di dalamnya.
11. Kerajaan juga telah mewartakan taman negara pada tahun 1939 lagi. Pada tahun 1978 kerajaan
telah menggubal Dasar Perhutanan Negara dengan mewujudkan hutan simpan kekal. Di kawasan
hutan simpan kekal tidak ada sebarang pembangunan dan pembalakan yang dibenarkan.

Pemeliharaan Spesies Hidupan Liar
1. Mewartakan kawasan hutan simpanan dan taman negara. Kawasan pemeliharaan hidupan liar
seperti di Endau Rompin dan Sepilok.
2. Penubuhan pasukan renjer hutan dan penguatkuasaan undang-undang pembalakan.
3. Kerjasama negara serantau dan pertubuhan antarabangsa memelihara hutan sebagai khazanah
yang berharga. Penghutanan semula selepas pokok-pokok matang ditebang.
4. Agensi yang terlibat secara langsung dalam hal ini ialah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara ( PERHILITAN ). Jabatan ini bertanggungjawab memindahkan hidupan liar ke
kawasan baru seperti di Taman Negara. Langkah ini telah dilakukan di sekitar Tasik Kenyir dan Tasik Banding di Perak bagi menyelamatkan gajah dan harimau.
5. Membaik pulih habitat alam seperti yang dilakukan di Taman Alam di Kuala Selangor untuk habitat
burung.
6. Pusat penempatan dan pemeliharaan hidupan liar adalah seperti berikut :
(a) Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
(b) Penetasan penyu di Rantau Abang, Terengganu
(c) Pemeliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah
(d) Pemeliharaan Orang Utan di Semongkok, Sarawak
(e) Projek Pemeliharaan Burung di Kuala Gula, Perak
(f) Projek Pemeliharaan Tuntung di Bukit Pinang, Kedah dan Bota Kanan, Perak
(g) Perlindungan Hidupan Liar, Sungkai, Perak
(h) Taman Alam, Kuala Selangor
(i) Taman Negara Endau-Rompin, Pahang
(j) Perlindungan beburung di Kuala Pahang
(k) Penternakan seladang dan rusa di Krau, Pahang
(l) Taman Negara, Pahang, Terengganu dan Kelantan
(m) Pembiakan rusa di Gua Musang, Kelantan
(n) Perlindungan Hidupan Liar di Samunsam, Sarawak
(o) Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau, Sarawak
(p) Di Sarawak. Hidupan Liar, Taman Negara Similajau, Taman Negara Mulu, Taman Negara
Loagan Bunut, Taman Negara Niah, Taman Negara Bako, Taman Negara Kubah, Taman
Negara Bukit Lambir ( Semua Sarawak ).
(q) Di Sabah, Taman Negara Tawau, Perlindungan Lembah Danum, Perlindungan Hidupan Liar
Tabin, Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kulambi, Pusat Perlindungan Orang Utan, Sepilok,
Taman Negara Pulau Penyu, Kawasan Perlindungan Burung Kota Belud, Taman Negara
Kinabalu, Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Taman Negara Pulau Tiga dan Perlindungan
Burung Kota Belud.


Pemeliharaan Sumber tanih
1. Kebanyakan usaha pemuliharaan di kawasan penerokaan sumber tanih melibatkan penggunaan
tanah.
2. Kegiatan pertanian ladang dan tanaman tutup bumi seperti kekacang merupakan beberapa
langkah untuk memulihkan kembali penggunaan sumber tanih.
3. Projek-projek seperti pembinaan jalan raya, pembinaan empangan, perlombongan dan
pembalakan perlu dikaji dahulu sebelum diluluskan.
4. Penerokaan hutan juga mestilah dikurangkan. Antara langkah mengatasi masalah ini dengan
mengharamkan pertanian pindah di kalangan orang asli.
5. Tindakan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertanian kekal dan mengubah corak hidup
masyarakat orang asli.

Pemeliharaan Sumber Mineral
1. Sumber galian bahan api terdiri daripada petroleum, gas asli dan arang batu. Manakala sumber
galian bukan bahan api pula terdiri daripada emas, perak, timah, tembaga dan sebagainya.
2. Langkah untuk mengelakkan kepupusan sumber ini ialah dengan mengehadkan penerokaan sumber tersebut dan juga mengehadkan pengeluaran lesen-lesen perlombongan kepada
syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini.
3. Bijih timah tidak harus pupus begitu sahaja. Tindakan boleh diambil dengan
(a) Mengawal pengeluaran lesen
(b) Mengehadkan penerokaan sumber ini
(c) Mengadakan kuota pengeluaran mengikut negara
(d) Mengurangkan penggunaan bijih timah
(e) Membuat dan mengkaji bahan pengganti yang lain seperti plastik
4. Mengeksploitasikan kembali barang-barang berasaskan besi yang telah dibuang. Bahan-bahan
buangan ini boleh digunakan kembali melalui proses peleburan semula logam-logam untuk
dijadikan besi sekerap.
5. Bahan-bahan plastik digunakan untuk menggantikan bijih timah dan plumbum dalam industri
mengetin makanan.
6. Antara usaha-usaha yang dijalankan adalah menebus guna kawasan-kawasan bekas lombong
untuk dijadikan pusat-pusat rekreasi atau pelancongan. Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana dan Tasik
Jaya adalah antara beberapa tasik yang dijadikan pusat-pusat rekreasi dan pelancongan di negara
ini.
7. Langkah bagi mengekalkan bekalan petroleum untuk masa depan :
(a) Memodenkan teknik cari gali minyak
(b) Menjimatkan penggunaan petroleum
(c) Mengadakan teknik pembersihan yang lebih
(d) Menggunakan bahan api alternatif

Pemeliharaan Sumber Air
1. Antara langkah yang dijalankan untuk pemuliharaan air adalah dengan mengadakan
program-program pembersihan sumber air. Tumpuan utama ialah kawasan yang telah dicemari.
2. Program pembersihan ini meliputi pembersihan tumpahan minyak di laut dan pantai.
3. Kaedah eutrofikasi merupakan kaedah yang melibatkan pencampuran bahan-bahan kimia ke
dalam sumber air. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pertumbuhan rumpai air dan kulat yang
berlebihan.
4. Menempatkan kilang-kilang di satu kawasan khas di mana secara tidak langsungnya dapat
menjamin kesihatan penduduk dan sumber air terus terpelihara.
5. Penebangan hutan, pembersihan hutan dan pembersihan kawasan tadahan air perlu dikawal untuk mengelakkan berlakunya pencemaran air.
6. Pihak kerajaan juga telah mewajibkan syarikat-syarikat yang terbabit membersihkan kawasan yang
dicemari.
7. Bagi pengusaha kilang getah dan kelapa sawit, mereka mestilah memastikan membersih terlebih
dahulu air buangan dan sisa kilang di loji-loji penapisan sebelum disalurkan di sungai-sungai.
8. Mengehadkan pembalakan di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tadahan air.
9. Empangan dibina di beberapa kawasan tadahan air untuk menyimpan air. Pada masa yang sama
diperbanyak pembinaan loji pembersihan air.
10. Penerokaan sumber air tanah perlu digalakkan untuk keperluan harian. Penduduk luar bandar
dibekalkan dengan tenaga yang baik dan bersih bagi menerokai air bawah tanah.
11. Agensi-agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan air ialah :
(a) Jabatan Alam Sekitar
(b) Jabatan Pengairan dan Saliran
(c) Jabatan Tanah dan Galian
(d) Pihak Berkuasa Tempatan
(e) Jabatan Perikanan
(f) Jabatan Kesihatan
12. Langkah yang berkesan bagi mengawal bekalan air ialah mengadakan langkah pengezonan
tanah. Ada kawasan tertentu yang tidak boleh digunakan untuk tujuan pembangunan bagi
mengelakkan masalah simpanan air.

Program Kitar Semula
1. Program kitar semula ialah usaha kerajaan untuk menjimatkan sumber asli.
2. Usaha ini adalah serampang dua mata bagi memelihara alam sekitar dan menjimatkan wang pihak
berkuasa tempatan bagi menguruskan kawasan pelupusan sampah.
3. Antara sumber yang dapat diselamatkan melalui program ini ialah :
(a) Akhbar dan kotak terbuang untuk industri kertas.
(b) Besi buruk untuk industri besi dan keluli.
(c) Plastik dan kaca terbuang untuk industri bekas makanan.
(d) Logam terbuang untuk industri tin aluminium.
(e) Sisa makanan untuk baja organik.

Penguatkuasaan Undang-undang Kualiti Alam sekeliling
1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Fasal 127. Seksyen 34A akta ini memerlukan penyediaan
Laporan Mengenai Kesan Kepada Alam Sekeliling (E.I.A) bagi menjalankan projek-projek
pembangunan yang tersenarai dalam jadual aktiviti yang ditetapkan.
2. Pembangunan kawasan berbukit sama ada untuk pambangunan perumahan, pengubahan
penggunaan tahan hutan bukit kepada kegunaan tanah lain atau pemajuan tempat peranginan di
kawasan berbukit yang melebihi 50 hektar memerlukan laporan EIA dijalankan terlebih dahulu.
3. Pasukan Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan telah ditubuhkan bertujuan untuk menjaga
kawasan hutan daripada kegiatan pembalakan haram dan juga kebakaran hutan serta memelihara
hutan serta memelihara sumber hutan tersebut.
4. Pengurusan alam sekitar ini melibatkan pelbagai pihak iaitu kerajaan, pertubuhan-pertubuhan
alam sekitar, sektor industri, pihak swasta dan juga orang perseorangan serta kerjasama antara
negara.
5. Pada tahun 1974 Akta Kualiti Alam Sekitar telah diwujudkan untuk mengawal pencemaran air.
pada tahun 1975 pula Bahagian Alam Sekitar di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
juga ditubuhkan. Pada tahun 1978 dengan penubuhan Undang-undang Udara Bersih.

Kerjasama Antarabangsa
1. Pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan negara lain seperti Singapura dan Indonesia
dalam mengawal perairan negara terutama kejadian tumpahan minyak. Perbincangan juga
meliputi pengawalan pergerakan bahan-bahan kimia berbahaya dan pengawasan kualiti udara.
2. Kerjasama Malaysia dan Thailand juga pernah diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama dua
hala dan hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang sains teknologi dan alam sekitar.
3. Program kerjasama teknikal antara pegawai kanan Malaysia dan Veitnam pernah diadakan pada
tahun 1996 bagi membincangkan aspek pengurusan bahan buangan, prosuder dan garis panduan
EIA, teknologi kawalan alam sekitar bagi kualiti air, udara dan pengurusan buangan pertanian.

Pendidikan dan Kesedaran
1. Promosi kesedaran alam sekitar merupakan antara program utama Jabatan Alam Sekitar dalam
usaha mempertingkatkan pengurusan dan kesedaran pengurusan alam sekitar yang mapan.
2. Antara promosi dan galakan tentang kesedaran pemeliharaan sumber alam seperti dengan
mengadakan Minggu Alam Sekitar, Larian Hijau, Hari Hutan Sedunia, Hari Air, Hari Bumi, Hari
Alam Sekitar Sedunia, Hari Ozon Sedunia, Anugerah Langkawi, Anugerah Kewartawanan Alam
Sekitar dan penerbitan bahan berkaitan persekitaran.
3. Kempen 'Kebersihan Sungai Kita' diadakan sepanjang masa. Pendidikan ini untuk generasi muda
bagi mengelakkan mereka membuang sampah dan kekotoran ke dalam sungai.
4. Kempen pendidikan alam sekitar diadakan disemua peringkat sama ada di sekolah rendah,
sekolah menengah dan universiti.

Pengurusan Sumber Air di Jepun
1. Jepun ialah sebuah negara maju yang sangat memerlukan air tawar untuk kegunaan harian dan
sektor ekonominya.
2. Air diperoleh melalui sungai, tasik semula jadi, tasik buatan dan laut.
3. Sektor industri dan proses pembandaran yang pesat dan peningkatan jumlah keperluan terhadap
sumber air.
4. Namun demikian, perkembangan perindustrian dan pertanian banyak mencemarkan sumber air di
Jepun.
5. Pengurusan air yang cekap dan moden berkonsepkan pembangunan lestari telah berjaya
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Rawatan air di Jepun dijalankan melalui :
(a) Rawatan air sisa kilang
(b) Rawatan air sungai
(c) Rawatan kitar semula air
6. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jepun dalam pengurusan sungai ialah :
(a) Mengubah suai sungai-sungai dengan membina empangan dan tetambak bagi tujuan
pembersihan air, pengawalan banjir dan penjanaan kuasa hidroelektrik.
(b) Mengalirkan air dari sungai yang mempunyai isipadu air yang tinggi ke sungai yang
mengalami kekurangan air bagi mengatasi masalah kekurangan air.
(c) Membekalkan air bersih dengan membina empangan kecil di kawasan luar bandar.
(d) Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan sumber air untuk meningkatkan
teknologi bagi membaiki pengurusan sumber air.
(e) Melebarkan dan mendalamkan dasar sungai untuk mengatasi masalah banjir.
(f) Membina terusan yang luas bagi memudahkan laluan air.
(g) Membina laluan banjir ( flodway ) untuk mengalirkan air sungai terus ke laut.
(h) Memantau dan mengawal sumber air melalui sistem Jaringan Informasi Sungai untuk
mengenal pasti jumlah hujan dan aras air dengan menggunakan peralatan moden.
7. Usaha kerajaan Jepun dalam pengurusan tasik :
(a) Membina sistem pembentungan sungai seperti di Tasik Biwa di Pulau Honshu dan sistem
pembentungan kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Tasik Nojiri, Kojima Reservoir
dan Nakanaoumi.
(b) Kaedah rawatan air dari sistem pembentungan dibuang ke tasik seperti di Tasik Shikotsu dan
Tasik Towada.
(c) Membersihkan tasik dan mengawal pembiakan rumpai.
(d) Mengorek tasik untuk mengurangkan pemendapan seperti di Tasik Kasumigaura dan Tasik
Kameyana.
8. Kerajaan meluluskan Undang-undang Asas bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar 1993 bagi
menetapkan piawai kualiti air di sungai, tasik, kawasan takungan air dan perairan pantai.
9. Kerajaan Jepun juga menggubal Undang-undang Kawalan Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan
Buangan Industri 1958. Undang-undang ini dikuatkuasakan bagi meningkatkan tahap keselamatan
bekalan air dan memperbaiki kualiti alam sekitar.

No comments:

Post a Comment